jawatan kosong di Jakim

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN
DI JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi
mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

1. a) Jawatan : PEMBANTU RENDAH HAL EHWAL
ISLAM GRED S11 ( Lelaki Sahaja )

b) Kementerian /
Jabatan : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

c) Kumpulan
Perkhidmatan : Sokongan

d) Klasifikasi : Sosial
2. Gred/Jadual Gaji : Gred S11

P1T1 RM709.59 - P1T22 RM1750.21
P2T1 RM752.06 - P2T22 RM1839.98
P3T1 RM796.16 – P3T22 RM1931.38

3. Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan
seperti berikut :

(i) Terdiri daripada warganegara Malaysia;
(ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup
iklan jawatan;
(iii)
(a) Penilaian Menengah Rendah/ Sijil Rendah Pelajaran
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan dengan kepujian dalam Subjek Agama
Islam; serta
(b) Mempunyai pengalaman yang cukup tentang Hadis,
Tauhid, Fiqah dan sebagainya serta berkebolehan
mengaji dan mengajar Al-Quran; DAN
(Gaji permulaan ialah pada Gred S11 : P1T2)
(c) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat
Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.

4. Cara Memohon
(a) Permohonan hendaklah dibuat dalam borang JAKIM.SM-1/2008 yang boleh di
dapati di alamat berikut:

(i) Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Kemajuan Islam Malaysia
( Alamat seperti di para 7 )

(ii) Laman web JAKIM www.islam.gov.my

(iii) Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sabah
Aras 6, Blok A,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan sabah
Peti Surat 14725
88854 Kota Kinabalu, Sabah

(iv) Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sarawak
Bangunan Baitulmal (MECHUNMA)
Lot 146 Seksyen 8 KTLD
Jalan Haji Taha
93400 Kuching, Sarawak

(b) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat
berukuran 22sm x 32sm dan di sudut atas sebelah kiri hendaklah ditulis PEMBANTU
RENDAH HAL EHWAL ISLAM.

5. Tempat Bertugas : Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

6. Catatan Am:
(i) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
(ii) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan
ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

7. Alamat Permohonan:

Permohonan hendaklah disampaikan kepada:

Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Bahagian Pentadbiran dan Kewangan,
Aras 8, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62519 PUTRAJAYA
(u.p: Cawangan Sumber Manusia)
8. Tarikh tutup permohonan pada 15 Julai 2008.

borang disini
iklan kekosongan disini