senarai jawatan di UMP

jawatan kosong UMP

SENARAI JAWATAN KOSONG BUKAN AKADEMIK
( PENTADBIRAN, TEKNIKAL DAN SOKONGAN )

Universiti Malaysia Pahang (UMP) mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan secara tetap/kontrak/sementara seperti berikut :-

1-pegawai penerbitan N41
2-penolong pegawai penerbitanN27
3-pembantu tadbir N17 (setiausaha)

jawatan kosong - pegawai penerbitan

Jadual Gaji :

P1T1 RM1690.28 - P1T27 RM4640.28
P2T1 RM1784.90 - P2T27 RM4918.55
P3T1 RM1883.70 - P3T27 RM5220.62

Syarat Lantikan Asas:

i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau Diploma Sebaran Am daripada UiTM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

ii) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Diploma Percetakan daripada London College of Printing atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred N41: P1T2 RM1780.73]; atau

iii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred N41: P1T3 RM1871.18]; dan

iv) lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Lantikan Tambahan .

Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penerbitan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Penerbitan Gred N41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i) mempunyai kelayakan seperti di atas ; atau
ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


jawatan kosong - penolong pegawai penerbitan

Jadual Gaji :

P1T1 RM1204.55 - P1T26 RM3027.10
P2T1 RM1274.13 - P2T26 RM3213.25
P3T1 RM1346.73 - P3T26 RM3405.26

Syarat Lantikan Asas:

i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

ii) Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T5 RM1470.75]; atau

iii) kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

Syarat Lantikan Tambahan .

Bagi Jawatan yang ditawarkan di Unit Penerbitan, Pusat Pengurusan Penyelidikan.

• Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan memuaskan.

Bagi Jawatan yang ditawarkan di Bahagian Perhubungan Awam & Perkhidmatan Korporat.

• Diploma dalam bidang Komunikasi Massa/Sebaran Am/Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya .

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penerbitan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penerbitan Gred N27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i) mempunyai kelayakan di atas; atau
ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


jawatan kosong - pembantu tadbir

Jadual Gaji :
P1T1 RM820.38 - P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 - P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 - P3T24 RM2397.95

Syarat lantikan Asas :

i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus ujian masuk mengambil trengkas dengan kederasan 60 p.s.m. dari rencana dan menaip salinan trengkas sederas 20 p.s.m. dengan membuat kesalahan tidak melebihi 4%.
[Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T2 RM870.29]; ATAU

[Keutamaan diberi kepada calon-calon yang berkebolehan mengendalikan komputer] ATAU

ii) Diploma Kesetiausahaan dari UITM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T9 RM1219.66]; DAN

iii) kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir Rendah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N17 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i) mempunyai kelayakan di atas; atau

ii) lulus Peperiksaan Khas.

iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

Syarat Lantikan Tambahan

• Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai Lesen Memandu Kenderaan Perkhidmatan Awam ( PSV ) dan Lesen Memandu Kenderaan Barang-barang Malaysia ( GDL )

• Tidak merokok.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pekerja Awam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke jawatan Pemandu kenderaan Gred R03 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

i) mempunyai kelayakan di atas;

ii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

2. PENETAPAN GAJI PERMULAAN

Gaji permulaan yang lebih tinggi pada P1T1 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik UMP berasaskan kepada kelayakan, pengalaman kerja atau kemahiran yang mana berkaitan.

3. IMBUHAN DAN ELAUN BERKAITAN (BERDASARKAN GRED GAJI)

Antara Imbuhan yang diberikan adalah termasuk Imbuhan Tetap Perumahan/Imbuhan Tetap Keraian/Imbuhan Tetap Khidmat Awam/Imbuhan Tetap Gred Khas dan lain-lain elaun yang berkuatkuasa.

4. KEMUDAHAN YANG DIBERIKAN (TERTAKLUK KEPADA KELAYAKAN)

(a) Pinjaman Kenderaan

(b) Pinjaman Komputer

(c) Pinjaman/Pembiayaan Perumahan Kerajaan Persekutuan

5. SYARAT-SYARAT UMUM

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa. Pemohon-pemohon yang mempunyai Ijazah Luar Negara hendaklah menyertakan surat pengesahan pengiktirafan ijazah dari Unit Dasar dan Pengiktirafan, Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam (Malaysia).

6. PERMOHONAN OLEH PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT

Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan/ Badan Berkanun hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing bersama salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan . Borang permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak termasuk tidak menyertakan salinan dokumen yang dikehendaki dan permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.

7. KETERANGAN AM

(a) Pemohon boleh memohon sehingga dua (2) jawatan dengan menggunakan satu borang dan hendaklah disenaraikan mengikut keutamaan.

(b) Calon-calon yang berjaya disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

(c) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak UMP selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA .

TEMPOH SAHLAKU permohonan adalah selama enam (6) bulan dari tarikh permohonan diterima. Sebarang permohonan selepas tamat tempoh sahlaku hendaklah menggunakan borang permohonan yang baru.

Tarikh Tutup Permohonan : 25 Jun 2008

pertanyaan

Unit Perjawatan, Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar
Universiti Malaysia Pahang,
Karung Berkunci 12,
25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Tel : 09-549 2522/2521/2504
Faks : 09-549 2544/9181